IMAM HAJI ABDULLAH BIN HAJI JALALUDDIN BIN SUTAN AMIR KAHARUDDIN BUDIMAN
Mengikut riwayat, Haji Abdullah bin Haji Jalaluddin berasal dari Kampong Chetok/ Kampong Kangkong, Pasir Mas, Kelantan. Haji Abdullah ini mula terkenal di zaman pemerintahan Sultan Muhamad II (1839 - 1886 Masihi) dan dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad (1886 - 1890 Masihi). Beliau dilantik menjadi Imam Masjid Besar (Masjid Kayu) di Kota Bharu oleh Sultan Muhamad III (1890 - 1891 Masihi), Sejak dari perlantikan beliau sebagai Imam Masjid, Haji Abdullah lebih terkenal dengan nama Imam Haji Abdullah. Oleh kerana kepintaran dan kebijaksanaannya, beliau telah dijadikan oleh Sultan Mansor sebagal penasihat Raja dan pernah menjadi utusan Sultan Kelantan ke Bangkok (Siam) menghantar Upti ‘Bunga Mas’ tiap-tiap tiga tahun. Beliau juga dilantik oleh Sultan Mansor sebagai ahli Majlis Negeri. Dalam tahun 1893 Masihi Sultan Mansor (pada masa itu masih memakai gelaran Raja Kelantan) mengutus Imam Haji Abdullah ke Bangkok untuk meminta Kerajaan Siam supaya rnembebaskan lima orang pegawai dan orang kenamaan Kelantan yang ditahan di Bangkok atas tuduhan bersubahat dengan Dato Kaya Semantan dan rakannya (pemberontak dari Pahang) yang melarikan diri serta berlindung di negeri Kelantan. Mereka berlima yang ditahan di Bangkok itu ialah Engku Silia, Dato Panglima Dalam, Che Kob Nakhoda, Awang Ngah dan Pendekar Mat Hussin. Sebulan kemudian Imam Haji Abdullah kembali ke Kota Bharu membawa pulang empat orang yang berkenaan dengan selamat. Salah seorang sahaja meninggal dunia di Bangkok kerana penyakit ‘orang baik’ Pada bulan November 1901, Imam Haji Abdullah pergi ke Singapura kerana menghantar salah seorang anak lelakinya ke Mekah serta juga untuk mengambil orang-orang bangsa Kabul jadi mata—mata (polis) diKelantan. Imain Haji Abdullah membawa balik ke Kelantan tujuh orang Kabul jadi rnata—rnata dengan gaji sepuluh rial (ringgit) sebulan. Inilah pertama kali pasukan polis ditubühkan di negeri Kelantan. Dalam bulan Mac, 1902, Imam Haji Abdullah ikut bersama mengiringi Raja Kelantan (Tuan Long Senik) melawat Singapura selama lebih kurang sebulan. Oleh kerana jasa beliau kepada Raja dan negeri Kelantan, Raja Kelantan telah mengurniakan sebidang tanah dalam kawasan ‘Buluh Kubu’ (atau Dalam Kubu) di mana beliau membina sebuah rumah yang kemudian diwarisi oleh anak cucunya. Imam Haji Abdullah meninggal dunia kira-kira dalam tahun 1905 Masihi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Banggol.
SilsilahKeturunan Imam Haji Abdullah Bin Haji Jalaluddin Bin Sutan Amir Kaharuddin Budiman
Mengikut informasi daripada sumber yang sahih ternyata bahawa Imam Haji Abdullah adalah daripada keturunan SUTAN AMIR KAHARRUDIN BUDIMAN berasal dan Muara Sipongi, Mandailing, Sumatera Utara sekitar awal tahun 1800 masehi. Walaupun pada dasarnya Lebai Diman ini datangnya dari Mandailing, tetapi melalui namanya yang berpangkalkan “Sutan” itu kita mengerti bahawa beliau ini adalah dari kelompok keluarga bangsawan Minangkabau yang telah bertapak di Rao sejak berkurun lamanya kerana gelaran Sutan adalah jelas berasal dari budaya Minangkabau dan. sama pengertiannya dengan gelaran “Tengku” atau “Engku” seperti yang digunapakai di negeri-negeri Melayu di Semenanjung atau negeri-negeri Melayu lain di pesisir timur Sumatera Utara yang bersendikan adat-istiadat Melayu seperti Negeri Serdang, Langkat, Deli dan Asahan.
Riwayat awal yang saya terirna menyebut ayahanda kepada Lebai Diman ini bemama KUSUMO ACEH atau digelar di Mandailing “BATARA GURU” dan pada asalnya ialah dari Rao (mungkin dari Padang Nunang ?). Ketika terjadi perseteruan antara pihak Rao dengan Mandailing pada penghujung abad ke-18 maka Kusumo Aceh ini telah dihantar ke Mandailing untuk membantu mengamankan keadaan di sana dan disebabkan kesaktian serta kehandalan beliau maka orang-orang Mandailing menggelar beliau Batara Guru. Beliau pun teruslah menetap di Muara Sipongi dan sudah tentulah anak cucu beliau pun bersemenda pula dengan keluarga Mandailing di sana hinggalah ke hari ini. Nama Batara Guru itu kini diabadikan pada sebatang jalan yang terdapat di Muara Sipongi sebagai kenang-kenangan atas jasa dan nama besar yang telah beliau tinggalkan itu. Anak-anak Batara Guru mi disenaraikan ada tiga orang iaitu Sutan Amir Kaharrudin Budiman @ Lebai Diman, Sutan Guru dan Sutan Nagasari. Lebai Diman bergerak meninggalkan Mandailing menuju ke Aceh, mungkin beliau sempat berguru pondok di sana sebelum belayar pula ke Patani di Selatan Siam.. Dan Patani beliau turun ke Kelantan dan melalui perkahwinannya di sana, beliau meninggalkan seorang putera bernama HAJI JALALUDDIN. Zuriat Haji Jalaluddin mi berkembang-biak di Kampung Chetok, Pasir Masdan beberapa jajahan di Kelantan. Seterusnya, Lebai Diman menuju pula ke Pahang sambil berdagang kain dan berkahwin lagi buat kali ke-2 dengan Tok Aminah binti Tok Aki. Dan berkembanglah zuriatnya di Raub sampai sekarang.
Jadi narna penuh Imam Haji Abdullah ialah ImamAbdullah bin Haji Jalaluddin bin Sutan Amir Kaharuddin Budiman. Di daerah Raub lebih dikenali dengan nama LEBAI DIMAN.
ZURIAT
Isteri 1 Hjh Wan Minah Lundang
Hj Wan Ishak + Nik Embong bt Nik Mat, Nik Zin bt Ab Kamid dan Che Mas.
Hj Wan Ahamad + Nik Zainab bt Nik Md Amin, Nik Yah bt Nik Taib, Nik Embong bt Nik Kob dan Che Embong Che Soh